Selama lebih seribu tahun, pakar herba di Asia menyedari akan kemampuan pokok shiso (Perilla Frutescens) mengharungi musim kemarau serta perubahan cuaca yang melampau, dan ia juga turut membantu tumbuhan lain di sekitarnya berkembang subur.
Koleksi penjagaan kulit istimewa THANN kini menampilkan pengunaan pati ekstrak daun shiso, yang merupakan anti-oksidan semula jadi yang memiliki keupayaan tinggi untuk memulihkan semula kulit kusam, melindungi kulit dari penuaan dan memastikan kulit anda mendapat perlindungan serta penjagaan yang tebaik.
Koleksi penjagaan kulit THANN Shiso menggabungkan pati khasiat tumbuhan ajaib ini dengan teknologi nano Jepun yang terkini untuk membawakan kepada anda Nano Shiso, zarah pati ekstrak shiso bersaiz nanometer yang boleh diserap dengan cepat dan jauh ke dalam kulit untuk memberikan kesan pemulihan dan perlindungan kulit secara serta merta.
Formulasi istimewa ini digabungkan pula dengan pelbagai khazanah semula jadi untuk membawakan kepada anda rangkaian menyeluruh pelbagai produk khas yang akan melembap, melindungi dan memulihkan semula kulit anda.
THANN Facial Cleanser with Nano Shiso dan Green Tea Extracts 200ml (RM159)
THANN Facial Cleanser merupakan pembersih muka berasaskan tumbuhan yang mampu menanggal serta membersihkan muka dari pelbagai jenis kotoran, minyak dan bahan solekan yang tidak tebal. Formulasinya yang unik dan kurang berbuih membantu kulit mengekalkan kelembapan semula jadi menjadikan kulit anda lembut dan licin.
THANN Astringent Toner with Nano Shiso dan Algae Extracts 130ml (RM149)
Digunakan selepas mencuci muka anda, THANN Astringent Toner menghaluskan ruang roma yang terbuka dan mengimbangi permukaan kulit tidak sekata. Ekstrak Nano Shiso melembap serta memberikan kulit anda manfaat anti-oksida manakala ekstrak alga yang kaya dengan protein dan mineral membantu mempertingkatkan keanjalan kulit. Toner bebas-alkohol ini juga turut mengandungi ekstrak teh hijau yang melembut dan membersihkan kulit manakala ekstrak yis membantu mengawal kulit yang berminyak.
THANN Shiso Revitalising Fluid 40g (RM199)
THANN Revitalising Fluid merupakan satu tambahan baharu kepada Koleksi Shiso ialah yang menyerap jauh ke dalam kulit untuk melembap dan memulihkan kulit kusam serta mengembalikan keremajaan kulit lantas menjadikan kulit anda berseri sempurna.
Tahitian Lagoon & Alps Mineral Water Face Mist with Nano Shiso Extract 60ml (RM119)
Semburkan Tahitian Lagoon & Alps Mineral Water Face Mist yang menyegarkan pada bila-bila masa untuk mendapatkan perlindungan tambahan dan hidrasi kulit. Adunan air mineral asli dari pergunungan French Alps dan Mount Fuji di Jepun yang kaya dengan mineral seperti vanadium dan kalsium akan mengembalikan kelembapan kulit dengan serta-merta, manakala ekstrak Nano Shiso dan teh hijau membantu melindungi kulit daripada kerosakan oleh alam sekitar dan pantas memulihkan kulit kusam melalui manfaat pati anti-oksida.
Rangkaian produk penjagaan diri semula jadi THANN untuk kulit, badan dan rambut dihasilkan berasaskan ekstrak tumbuh-tumbuhan dan dicipta khusus untuk memenuhi gaya hidup di bandar. Rangkaian produk THANN boleh diperolehi secara eksklusif di kedai Asleep Store di Publika Shopping Gallery dan kedai kendirinya di Seksyen 16, Petaling Jaya. Untuk maklumat lanjut sila kunjungi http://www.facebook.com/ThannMalaysia atau www.thann.com.my.