Siapa yang tidak kenal dengan jenama teh Dilmah iaitu sejenis teh yang dirumus segar menggunakan kaedah pemprosesan daun teh tradisional sejak tahun 1988.
Bagi menghangatkan sambutan, Dilmah Tea dengan berbesar hati berkolaborasi bersama seorang tukang masak, pemilik restoran dan penulis buku masakan ternama dari bumi Australia, Peter Kuruvita untuk menjayakan satu sesi gastronomi teh di Dilmah t-Lounge bersama para pengamal media.
Setiap 5 hidangan minum petang yang disediakan telah mendapat sentuhan rasa serta aroma teh segar, dicipta khas oleh Peter Kuruvita untuk Dilmah yang terdiri dari Tea Marshmallow, Rose with French Vanilla Doughnuts, First Ceylon Souchong Chicken Wrap, Dilmah Earl Grey Infused Chocolate Truffle dan Italian Almond Lamb Kebab.
Setiap satu dari hidangan genit ini membawa teh ke satu tahap yang baharu kerana ia bukanlah minuman semata malah boleh juga digunakan sebagai intipati ramuan herba untuk memasak makanan istimewa.
Peter yang telah lama bekerjasama bersama Dilmah bagi menyumbang konsep gastronomi teh kini membuka peluang kepada anda semua untuk menikmati sesi santai di Dilmah t-Lounge yang berlokasi di IOI City Mall, Putrajaya di samping menikmati 5 hidangan istimewa garapan Chef Peter Kuruvita. Tidak ketinggalan, anda juga boleh mendapatkan buku resepi The Real High Tea pada harga RM250.
Untuk keterangan lanjut, sila layari www.facebook.com/tloungebydilmahputrajaya. Promosi Happy Hour yang dianjurkan oleh Dilmah t-Lounge akan membolehkan anda memesan beberapa makanan pilihan pada harga istimewa dari 20 Julai hingga 31 Ogos ini!