Alamak tinggal 10% je lagi ni. Pernahkah anda merasa resah gelisah apabila melihat bateri telefon mudah alih hampir kosong dan tidak dapat mencari sebarang soket di sekitar anda?
Kali ini, anda tidak akan mengalami perasaan itu lagi dengan pengenalan MoBeeGo, pengecas sekali guna berinovasi tinggi yang tidak perlu dicas terlebih dahulu dan tanpa wayar hasil ciptaan Life Clips Inc, sebuah syarikat yang tersenarai dalam NASDAQ.
MoBeeGo dibawa masuk ke Malaysia oleh Kelvin Hun dan Edric Foong yang merupakan pengasas kepada Veloster Technology, sebuah syarikat tempatan yang pakar dalam bidang berkaitan peranti canggih dan alatan berteknologi. Dikenali sebagai “minuman tenaga” untuk telefon mudah alih, pengecas MoBeeGo mempunyai dua ciri khas.
Pertama, ia merupakan sebuah penyesuai ultra- kompak yang boleh diguna semula serta sesuai untuk digunakan pada telefon pintar Google Android dan Apple iOS. Ciri keduanya ialah bateri (yang dibentuk seperti tin minuman tenaga) atau unit pengecas, dipasangkan pada penyesuai yang disambungkan ke telefon tanpa wayar.
Adanya alat pengecas ini, anda tidak perlu mencari soket untuk mengecas telefon pintar anda dan tidak perlu lagi mematikan semua aplikasi penting bagi menjimatkan bateri. Saiznya yang kecil dan kompak mudah digunakan dan senang untuk disimpan di dalam poket, tas tangan, beg galas dan beg bimbit anda.
Sama seperti minuman tenaga yang memberi anda kuasa untuk bekerja sepanjang hari, MoBeeGo boleh memberi kuasa sehingga 4 jam* kepada telefon pintar anda. Ia mempunyai jangka hayat selama 10 tahun, membolehkannya diguna semula walaupun disimpan untuk tempoh yang panjang. MoBeeGo direka agar selamat dan mudah digunakan, serta sesuai dengan gaya hidup pengguna yang sentiasa sibuk dan sering membawa beberapa peranti mudah alih pada satu masa.
Apa yang penting bagi pengguna ialah MoBeeGo amat mudah untuk diperolehi. Anda tidak perlu membawa banyak tin bateri bersama anda. Anda hanya perlu membawa penyesuai dan membeli tin bateri di mana-mana kedai myNEWS.com!
Berikut adalah pakej MoBeeGo :
- MoBeeGo Single Shot – sebuah penyesuai boleh guna semula dan sebiji bateri, boleh didapati pada harga RM29 seunit.
- MoBeeGo Refill – sebiji bateri untuk mereka yang sudah mempunyai penyesuai, boleh didapati pada harga RM10 seunit.
- MoBeeGo Pack – mengandungi 6 biji bateri, boleh didapati pada harga RM55 satu pek.
Untuk info lanjut, anda boleh semak ke Facebook mobeego