Iklim Malaysia yang panas dan lembap boleh menyebabkan kulit kita kehilangan kelembapan – yang membawa kepada kekeringan. Bahkan di dalam rumah dalam persekitaran yang berhawa dingin, tidak sedikit pun membantu kulit kita kerana udara kering akan lagi menyebabkan kulit kehilangan kelembapan.
Untuk mencegah kehilangan kelembapan berterusan ini daripada berlaku, adalah penting untuk melembapkan kulit kita dengan produk kecantikan yang betul.
Oleh itu, CRYSTAL MOIST, jenama rangkaian produk penjagaan kulit terbaru yang dirumus dan diperbuat di Korea mengandungi gabungan mineral utama, kristal halus serta nutrien penting daripada Korean Deep Ocean Water. CRYSTAL MOIST memperbaharui kulit anda dari dalam untuk kulit yang cantik menawan. Kini, anda juga boleh memperolehi kulit yang lembap dan terpelihara.
Bukan itu sahaja, CRYSTAL MOIST, juga melantik duta jenamanya, Ju Eun-Young. Eun-young bakal mengemudi kempen-kempen pemasaran CRYSTAL MOIST dalam usaha untuk mengetengahkan kepentingan penghidratan kulit dengan formulasi unik dari Korea.
Sebagai duta CRYSTAL MOIST, Eun-young akan menjadi tumpuan rangkaian penghidratan dan pencerahan jenama ini, iaitu koleksi HYDRA ION+ dan BRIGHT ION+. Kedua-dua rangkaian produk ini diperbuat di Korea, dengan kandungan KOREAN DEEP OCEAN WATER. Eun-young akan memainkan peranan aktif untuk “mendidik” para pengguna tentang kebaikan air dan mineral terhadap kulit kita.
Walau betapa sibuk dalam cara hidupnya pun, Eun-young tetap meluangkan masa yang secukupnya untuk menjalani rutin penjagaan kulitnya.
“Saya sentiasa bersiap sedia dengan pupur muka CRYSTAL MOIST Moisturising Facial Mask saya, terutama bila saya terpaksa beperjalanan jauh. Ada kalanya jadual waktu saya sangat sibuk, namun saya sentiasa pastikan saya menggunakan Moisturising Face Essence dan Brightening CC Cream sebelum saya keluar. Tambahan pula, CRYSTAL MOIST yang telah diuji dan terbukti secara dermatologi membolehkan saya menggunakannya dengan penuh keyakinan,” ujar Eun-young.
CRYSTAL MOIST melihat kerjasama dengan Eun-young ini sebagai landasan untuk mendekati golongan pengguna yang lebih luas, serta menunaikan janji jenama pada pengguna. Pada umur 25, Eun-young serasi dengan personaliti jenama CRYSTAL MOIST – menarik, sihat, feminin dan yakin – begitu sesuai sekali sebagai Duta CRYSTAL MOIST. Sebagai seorang wanita yang aktif dan rajin, Eun-young memahami kepentingan untuk mengekalkan wajah yang muda dan sihat, maka penggunaan produk penjagaan kulit yang inovatif dan berkualiti adalah penting untuknya.
“Sebaik sahaja saya mencuba CRYSTAL MOIST, saya pasti ianya memang sesuai untuk kulit saya. Tambahan pula, ia diperbuat dan diformulasikan di Korea, CRYSTAL MOIST semestinya sesuai untuk kulit Asia, kulit saya,” kata Eun-young.
Boleh didapati di stor Guardian Healthy & Beauty terpilih mulai April 2016.
Nota : Eun-Young merupakan salah seorang ahli Girl Group Korea, TWO X. Bekas ahli kumpulan penari YG, CRAZY, Eun-young pernah menjadi penari kepada bintang-bintang popular seperti IU, Rain dan Taeyang daripada BIGBANG.