Syarikat pengedar makanan dan snek terkemuka negara, Mondelēz Malaysia baru sahaja mengumumkan keluaran bar coklat kegemaran ramai dari Cadbury berikutan trend dan permintaan yang sangat memberangsangkan dalam kalangan penggemar coklat di Malaysia.
Kemunculan Cadbury 5 Star sama sekali berlainan daripada keluarannya sebelum ini. Apa yang menarik, ia dilapisi dengan ramuan mewah yang mampat di mana, inti tengahnya berupa coklat susu penuh yang ditemani taburan bebola rangup, manakala karamel enak membaluti bahagian inti sebelum disalut sepenuhnya pada bahagian paling luar dengan coklat susu ikonik Cadbury yang sungguh berkrim.
Ben Summons selaku Pengarah Kategori untuk Coklat Bahagian Asia Tenggara Mondelēz Malaysia menjelaskan, coklat adalah sejenis makanan yang mampu meningkatkan emosi positif dalam diri individu, malah Cadbury cuba menarik golongan muda yang menggemarkan rasa manis untuk menikmati kombinasi tekstur rangup dan liat hebat seperti yang terkandung dalam Cadbury 5 Star!
Sejak kemunculan pertamanya di India, Cadbury 5 Star telah menjadi kegilaan seantero dunia lebih 47 tahun. Oleh yang demikian, selari dengan pengenalan barunya di Malaysia, Cadbury 5 Star cuba mengetengahkan suatu konsep menarik untuk diterapkan dalam kalangan masyarakat moden hari ini.
Di samping menikmati kelazatan coklat berkrim, pengguna turut bisa mencabar diri dengan melakukan beberapa siri aktiviti #YOUTHINKYOUCAN yang tertera pada sebelah dalam pembalut coklat Cadbury 5 Star. Setiap satu cabaan adalah unik dan tersendiri, pasti dapat mewujudkan keseronkkan berganda bagi anda dan rakan-rakan yang berani melakukannya.
Tiga orang personaliti Youtube dan aktres yang sedang meningkat naik dalam dunia hiburan tanah air, Ho Ming Han dari saluran The Ming Thing, Nabil Ifwat dari saluran Kyopropaganda dan Ardell Aryana turut berpeluang untuk bergabung tenaga dalam menyertai siri cabaran #YOUTHINKYOUCAN bagi menghangatkan lagi kehadiran Cadbury 5 Star di Malaysia!
Terdapat dalam tiga (3) pilihan bungkusan termasuk bar 45g (RM2.90), pek perkongsian 10x15g (RM9.90) dan bar 15g (RM1.00). Anda boleh dapatkan Cadbury 5 Star di semua kedai runcit, pasaraya serta gedung serbaguna harian yang berdekatan.
Jika anda mahu lakukan cabaran #YOUTHINKYOUCAN yang disertakan sekali dalam pembalut coklat Cadbury 5 Star, jangan lupa untuk muat naik video di akaun media sosial anda berserta hashtag #YOUTHINKYOUCAN! Anda berani? Untuk keterangan lanjut berkenaan produk, sila layari my.mondelezinternational.com