Menjadi lumrah apabila menghadiri majlis perkahwinan, tetamu akan diberikan doorgift sebagai tanda terima kasih. Jika dahulu, kebiasaannya tetamu hanya diberikan telur rebus yang diisikan di dama kotak bunga telur tetapi sekarang seiring dengan peredaran zaman, tuan rumah dan pengantin dilihat menyediakan doorgift yang pelbagai serta menarik.
Bukan sahaja majlis perkahwinan, pemberian doorgift juga sudah menjadi trend di majlis keraian seperti baby shower, bachelorette party, birthday party, doa selamat dan pelbagai lagi.
Apa yang boleh kita lihat, masing-masing mempunyai citarasa tersendiri dalam menyediakan doorgift. Namun bagi penulis sendiri, selain perlu bersesuaian dengan bajet, pemberian cenderamata ini lebih baik dalam bentuk barang yang boleh dimanfaatkan oleh tetamu. Berbanding doorgift seperti bekas seramik, rantai kunci, mug, bunga rampai dan pelbagai lagi cenderamata hiasan yang nampak cantik dan mahal. Kebanyakan tuan rumah yang memberikan cenderamata seperti ini mungkin menyimpan hasrat yang para tetamu mereka akan menyimpannya sebagai kenang-kenangan, walhal, hakikatnya, daripada 500 tetamu, mungkin 5 sahaja yang berbuat demikian. Selebihnya hanya akan membiarkannya terbuang begitu sahaja.
Jadi pada pandangan kami, pemberian cenderamata berbentuk makanan contohnya seperti biskut adalah lebih bermanfaat. Ini Wanista ada beberapa idea rekaan biskut yang sesuai dibuat mengikut tema majlis yang anda lakukan.