Khas buat individu yang mempunyai bakat dalam menghasilkan air tangan yang enak lagi sihat, ayuh sertai peraduan Nestlé Natural Set Yogurt Masak & Menang! Lima (5) pemenang bertuah yang dipilih secara rawak menwakili daerah masing-masing berpeluang untuk menyertai kejuaraan akhir di peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Kuala Lumpur.
Nestlé komited untuk memberi inspirasi kepada orang ramai tentang masakan rumah yang berkhasiat dengan menggantikan ramuan memasak yang tinggi lemak seperti santan dan krim kepada Nestlé Natural Set Yogurt sebagai alternatif.
Untuk pengetahuan anda, lebih 50% rakyat Malaysia yang kini menghidap Obesiti serta mempunyai masalah berat berlebihan. Oleh itu, ada baiknya jika kita sebagai individu yang peka tentang kesihatan untuk mencari jalan solusi terbaik dengan menggunakan ramuan berkhasiat setiap kali menyediakan makanan untuk diri serta keluarga.
Peserta bakal berpuas hati dengan rasa keaslian yang diberikan oleh Nestlé Natural Set Yogurt’s kepada masakan. Aromanya yang wangi pasti mampu memukau dan menarik selera orang yang menghidu bau masakan tersebut.
Bukan itu sahaja, Nestlé Natural Set Yogurt ini secara keseluruhannya merangkumi yogurt kosong yang asli tanpa sebarang pengawet atau perisa tambahan. Tekstur yogurt berkenaan sangat halus dan likat, menggambarkan kualiti terbaik yang boleh perolehi daripada produk tenusu. Bahkan, yogurt sebenarnya mampu memberi nutrisi bermanfaat untuk kelancaran sistem penghadaman tubuh manusia.
Pada majlis pelancaran peraduan Nestlé Natural Set Yogurt Masak & Menang tempoh hari, Duta Tukang Masak Nestlé’s, Chef Muluk ada mendemonstrasi 5 jenis masakan tempatan enak terdiri daripada Kari Ikan Kandar Penang, Laksa Nyonya, Ayam Percik, Kerutuk Ayam Kelantan serta Bihun Laksa Sarawak. Kesemua hidangan dihidang berlandaskan ramuan sihat termasuklah Nestlé Natural Set Yogurt.
Syarat Penyertaan:
- Beli satu bekas Nestlé Natural Set Yogurt 470g atau 1.4kg.
- Hantar penyertaan yang disertakan resit bukti pembelian Nestlé Natural Set Yogurt 470g atau 1.4kg bersama resepi masakan yang ingin anda masak (asli dan yang telah diolah) menerusi servis hantaran pos mahupun secara online. Rujuk www.dearnestle.com.my untuk keterangan lanjut.
Lima pemenang terpilih yang mewakili daerah masing-masing akan membawa pulang Baucar SenQ yang bernilai RM3,000 setiap satu, manakala 2 orang pemenang saguhati pula menerima Baucar SenQ bernilai RM500 setiap satu. Pemenang Utama yang menjuari pertandingan Finale di peringkat kebangsaan berpeluang menerima servis transformasi makeover dapur rumah mereka bernilai RM25,000, RM10,000 untuk pemenang kedua dan RM5,000 untuk pemenang tempat ketiga.
Hantar penyertaan anda sekarang sebelum tamat pada 30 April ini!