Ibu bapa penyayang digesa membantu Rumah Anak Yatim melalui Kempen Drypers Moms of Malaysia.
Kempen Drypers MOM 2016 kembali lagi bagi tahun kedua dan terus menekankan kepentingan setiap detik ikatan antara ibu dan si kecil.
Untuk itu, ibu-ibu seluruh negara dijemput berkongsi foto-foto detik-detik yang berharga bersama bayi mereka di Facebook atau Instagram dengan hashtag #momsofmalaysia dan tag Drypers Malaysia. Foto akan dipaparkan di skrin LED pada pelancaran rasmi acara itu di IOI City Mall, Center Court (Lower Ground), Putrajaya bermula 5-8 Mei.
“Asasnya, matlamat kami ialah menyerlahkan ikatan istimewa antara ibu dan anak – menggalakkan mereka menghargai detik-detik indah setiap hari menerusi kempen Drypers MOM 2016. Jadi, ini adalah satu gerakan untuk mengiktiraf dan berkongsi detik-detik harian yang indah bersama insan tersayang dengan ibu-ibu lain,” tambah Pengarah Pemasaran SCA Hygiene Marketing Malaysia Sdn Bhd, Evelyn Chan.
Pada pelancaran acara itu pada Mei nanti, ibu bapa boleh bersama anak-anak mereka menyertai pelbagai permainan dan aktiviti – bermain buih di kawasan khas unik dan menikmati sesi nyanyian dan bercerita. Ahli-ahli Drypers Baby Club dan anak-anak mereka diberikan layanan khas,di mana si manja boleh melakukan aktiviti mewarna, melukis corak di muka mereka sambil menikmati snek percuma.
Ibu bapa boleh juga menikmati tawaran promosi produk Drypers dengan mendapatkan baju kanak-kanak dengan cetakan nama si manja tersendiri secara percuma. Ibu bapa yang hadir pada acara itu boleh menyatakan sokongan terhadap inisiatif Share A Little Comfort, di mana Drypers berbesar hati menyumbangkan 10 mata ganjaran bagi setiap sokongan daripada ibu bapa.Terdapat juga ruang istimewa untuk ibu-ibu hamil di mana mereka boleh mendapatkan sampel lampin pakai buang Drypers Wee Wee Dry New Born di dalam beg mummy eksklusif dan mengambil foto percuma.
Untuk keterangan lanjut mengenai kempen Drypers Moms of Malaysia dan menjadi sukarelawan, sila layari laman Facebook Drypers Malaysia di https://www.facebook.com/DrypersMY.