Anda teringin sangat ke Disneyland Tokyo? Mungkin ini masanya. Realisasikan impian anda dengan NESTLÉ MAT KOOL® dan berpeluang untuk memenangi hadiah percutian berbayar sepenuhnya ke Disneyland Tokyo!
Pertandingan Gandakan Keriangan NESTLÉ MAT KOOL® bertujuan memberi ganjaran percutian kepada pengguna bagi menggalakkan mereka menikmati detik keriangan bersama keluarga. “Di Nestlé, matlamat kami ialah untuk menyediakan makanan yang berkhasiat kepada pengguna dan kekal komited sebagai jenama yang paling dipercayai di Malaysia. Kami berusaha untuk memperkenalkan ais krim baru dan berkualiti yang dapat menawan cita rasa pencinta ais krim kami,” kata Pengurus Eksekutif Perniagaan Nestlé Ice Cream, Nestlé Malaysia Berhad, Yit Woon Lai.
Bagaimana cara nak masuk?
PERTANDINGAN GANDAKAN KERIANGAN MAT KOOL:
Langkah 1 : Beli mana-mana varian NESTLÉ MAT KOOL® yang menyertai atau NESTLÉ MILO® Frozen Confection® bagi melayakkan penyertaan dalam pertandingan.
Langkah 2 : Kumpul kod bar pembungkus untuk mengutip mata dan minimum 5 mata perlu dikemukakan bagi setiap penyertaan. Mata dikira berdasarkan jadual Bukti Pembelian (POP) seperti yang dinyatakan dalam borang pertandingan.
Langkah 3 : Lengkapkan borang pertandingan dan sertakan kod bar sebagai Bukti Pembelian (POP). Dapatkan sekeping setem dan hantarkan ke alamat berikut –
‘Promosi Gandakan Keriangan NESTLÉ MAT KOOL®’
Peti Surat 8272, Pejabat Pos Kelana Jaya
46780 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan
Setiap peserta Pertandingan Gandakan Keriangan NESTLÉ MAT KOOL® juga layak untuk memenangi maksimum satu hadiah saguhati sepanjang tempoh pertandingan. Bagi peserta yang berusia 18 tahun ke bawah, ibu-bapa atau penjaga dikehendaki menandatangani bahagian kebenaran ibu-bapa di dalam borang promosi yang boleh didapati di mana-mana kedai yang menyertai.
Peraduan Gandakan Keriangan NESTLÉ MAT KOOL® ini akan berlangsung dari 18 April hingga 31 Mei 2016. Sebagai tambahan, Peraduan Gandakan Keriangan NESTLÉ MAT KOOL® turut menawarkan peluang untuk anda memenangi hadiah mingguan dengan sejumlah 600 hadiah. Dalam tempoh selama enam minggu, 100 pemenang hadiah mingguan bertuah berpeluang memenangi satu set Lego setiap minggu.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai Nestlé Ice Cream, sila layari laman Nestlé’s di http://www.nestle.com.my