Jumaat lepas, dengan berbesar hatinya mengundang pihak Wanista untuk menyertai acara sambutan perayaan bersempena Krismas yang bakal kunjung tiba tidak lama lagi di cawangannya yang berada di Paradigm Mall.
Untuk pengetahuan anda, CB&TL meraikan musim keriangan “Holiday Specials” dengan sajian lazat yang akan menceriakan lagi musim cuti anda. Raikan keceriaan dengan Toffee Nut Latte, Double Chocolate Peppermint Ice Blended dan Red Velvet Hot Cocoa atau sambut keriangan dengan Christmas Surprise Sampler, German Stollen, Classic Christmas Log, Sugar n’ Chai Cheesecake dan sudah pastinya, pilihan utama menu: Dundee Fruit Cake enak yang diinspirasikan dari Scotland!
Disamping berkongsi rasa kopi dan teh premium tulen yang lazat, ditambah dengan aroma tradisional musim Krismas dari negara-negara di Eropah, sudah tentu ianya bisa mengimbau memori manis yang lampau dan yang paling penting, kesemua hidangan adalah halal”, jelas Cik Fiona Rodrigues, Pengarah Pemasaran & Pembangunan di The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia.
Dihasilkan oleh chef pemenang anugerah, Chef Johnny Loh, sajian musim perayaan ini terdiri daripada beberapa pencuci mulut tradisional inspirasi resepi-resepi klasik Eropah.
Kata Chef Johnny, “Hidangan klasik sememangnya sesuatu yang sangat mencabar. Ia perlu dilakukan dengan teliti agar rasa dan kenikmatan satu-satu resepi itu sama seperti rasa aslinya.”
“Melalui menu istimewa ini, saya percaya saya telah menemui keseimbangan rasa yang tepat dan rakyat Malaysia pastinya akan meraikan musim perayaan ini sambil menikmati hidangan tradisional lazat di The Coffee Bean & Tea Leaf®”, tambahnya lagi.
Selain itu, pelbagai hadiah edisi terhad turut disediakan, antaranya “Holiday Blend” dan “Coffee Duet” serta set-set hadiah yang pastinya dapat menceriakan sesiapa sahaja, kesemua ini boleh dinikmati dalam cawan eksklusif dan bekas minuman yang juga boleh dijadikan hadiah menarik!
Dengan setiap sambutan keriangan, CB&TL terus menyokong Persatuan Systemic Lupus Erythematosus Malaysia melalui hasil jualan Tag Hadiah yang direka khas – dijual dengan harga serendah RM2, setiap hasil jualan akan disalurkan kepada Pusat Sumber Lupus Malaysia persatuan tersebut.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.coffeebean.com.my atau lawati Facebook rasmi mereka di www.facebook.com/CBTLMalaysiaPage.