Setelah terlibat dalam kolaborasinya bersama pereka fesyen Hana Tajima yang sensasi dalam menghasilkan fesyen busana Muslimah, Uniqlo sekali lagi membentangkan kerjasama terbarunya bersama jenama Liberty London dengan melancarkan koleksi Musim Bunga/Luruh 2016.
Liberty London adalah kalimah ternama yang tidak asing lagi dalam dunia fesyen dan perhiasan. Liberty mengetengahkan rekaan eksentrik, memfokuskan penggunaan corak-corak menarik seperti corak motif floral ikoniknya yang juga telah disisipkan dalam rangkaian UNIQLO LifeWear untuk produk wanita, lelaki, kanak-kanak serta bayi. Konsep UNIQLO LifeWear dikenali untuk menjadi lebih selesa, ringan, mampu milik dan sesuai untuk semua pengguna.
Liberty sendiri telah menempa nama dalam arena fesyen di Jalan Regent Street, Kota London semenjak 1875. Bermula dengan hanya menjual barang perhiasan, fabrik dan hasil karya seni dari Jepun dan sekitar Asia. Itulah yang menjadi titik inspirasi untuk Liberty menghasilkan corak dan cetakan grafik yang pelbagai, merangkumi 42,000 corak berlainan, lalu digunakan keatas rekaannya yang terkini.
Memiliki nilai keaslian yang tersendiri, Liberty sentiasa peka dalam melahirkan kepelbagaian. Nantikan koleksi rangkaian UNIQLO Lifewear x Liberty London yang akan mula berada di pasaran, di seluruh cawangan UNIQLO bermula Musim Bunga 2016.
Untuk maklumat lanjut berkenaan Liberty London, sila layari www.liberty.co.uk