Black Friday merupakan jualan selama sehari yang paling besar di Amerika Syarikat. Ia kini mula menjadi hari jualan terbesar di peringkat global. Para pengguna menyimpan wang untuk membeli barangan idaman yang ditawarkan. Manakala golongan peniaga pula bersaing untuk menawarkan diskaun terbanyak demi menarik perhatian pelanggan.
Reebonz merupakan platform dalam talian untuk membeli dan menjual rangkaian luas produk mewah baharu dan terpakai yang boleh dipercayai. Reebonz membuatkan kemewahan lebih mudah diakses dengan memberikan ahli-ahlinya lebih banyak keistimewaan menerusi pengalaman membeli-belah yang mudah.
Tahun ini, Reebonz berazam untuk membuka dunia kemewahan anda dengan membuatkan beg, kasut dan barangan kulit yang lain semakin mudah diakses oleh lebih ramai orang apabila membawakan Black Friday ke Malaysia.
Bagi menghibur dan mendidik para pengguna mengenai barangan mewah serta membuatkan mereka lebih bersedia untuk Black Friday, Reebonz memperkenalkan Black Friday Reveal. Ia merupakan satu permainan yang membolehkan pelanggan yang bijak tentang fesyen memperoleh diskaun yang lebih tinggi.
Bermula 23 hingga 26 November 2015, satu barangan jualan Reebonz Black Friday akan dikaburkan dan para pembeli perlu meneka jenama barangan tersebut. Jika mereka memberi jawapan yang betul setiap hari selama empat hari, kod diskaun akan didedahkan.
Setiap peringkat akan dibuka setiap hari dan pembeli perlu bermain permainan ini selama empat hari berturut-turut untuk mencantumkan perkataan-perkataan yang membentuk satu kod penuh dan menggunakan kod tersebut untuk membeli-belah di Reebonz.
Maklumat lanjut mengenai permainan Reebonz Black Friday Reveal, sila layari laman web: http://www.reebonz.com.my/