GlaxoSmithKline Consumer Healthcare Sdn Bhd (“GSK”), peneraju syarikat penggunaan penjagaan kesihatan dengan kerjasama Persatuan Doktor Pergigian Malaysia (MDA) telah melancarkan sebuah kempen yang dikenali sebagai ‘Nation of Healthy Smiles’.
Kempen yang turut disokong Kementerian Kesihatan Malaysia ini bakal berlangsung selama tiga bulan bertujuan mendidik rakyat Malaysia agar memberi perhatian khusus kepada penjagaan mulut termasuklah gigi sensitif, gusi dan gigi palsu.
Bertujuan meningkatkan tahap kesihatan mulut dalam kalangan rakyat Malaysia dalam jangka masa panjang, sejajar dengan misi Penjagaan Kesihatan Pengguna GSK untuk membantu lebih ramai penduduk di seluruh dunia merasa lebih sihat dan hidup lama.
Buat pertama kalinya, bagi mendekati golongan yang “sentiasa di dalam talian” ini, kempen ‘Nation of Healthy Smiles’ akan memperkenalkan ‘Smileograph’, sebuah platform digital yang menggalakkan orang ramai merakamkan dan mengumpulkan senyuman mereka dengan memuat naik senyuman berkenaan melalui media social dan laman web. Setiap senyuman yang dikumpulkan bersamaan dengan satu sesi pemeriksaan gigi percuma di klinik pergigian yang menyertai kempen ini.
Kempen ‘Nation of Healthy Smiles’ menyasarkan untuk menyediakan 7,500 pemeriksaan gigi percuma kepada mereka yang memerlukan di 150 klinik pergigian yang menyertai kempen ini di seluruh Malaysia. Kempen bersama ini bertujuan memberikan pendidikan, kesedaran serta peralatan yang diperlukan untuk mempromosikan kesihatan mulut dan mengurangkan masalah mulut di Malaysia, bermula dengan penjagaan gigi yang asas hinggalah penjagaan khusus untuk gigi sensitif, masalah gusi dan penjagaan gigi palsu. Sebagai sebahagian daripada kempen ‘Nation Of Healthy Smiles’, 10 roadshow akan diadakan di pasar raya besar terpilih.
Barisan jenama penjagaan mulut GSK yang terkenal seperti Sensodyne®, Polident® dan parodontax® masing-masing telah dirumuskan secara khusus bagi menangani setiap keperluan khas.
- Produk Sensodyne membantu pengguna mengurangkan kesakitan akibat gigi sensitif, membolehkan mereka menikmati makanan serta minuman yang digemari.
- Polident merupakan jenama produk penjagaan gigi palsu yang merangkumi pencuci dan pelekat bagi meningkatkan lagi keyakinan serta keselesaan pemakai gigi palsu supaya mereka boleh menikmati kehidupan yang lebih sempurna.
- Manakala parodontax pula direka khas bagi mencegah gusi berdarah dan masalah gusi, punca utama kehilangan gigi.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.gsk.com.