Untuk makluman penduduk Seremban, restoran ikonik A&W yang dilengkapi dengan khidmat pandu lalu di Seremban, Negeri Sembilan akan ditutup mulai 1 Januari 2016 untuk memberi peluang kepada pembangunan baru.
Perkara ini telah diumumkan secara rasmi di Facebook A&W Malaysia – Official.
Menerusi kenyataan Facebook itu, restoran makanan segera francais tersebut mengucapkan terima kasih kepada pelanggan serta mengumumkan hasrat penutupan cawagan mereka di Seremban.
Pelanggan yang dihormati, terima kasih atas sokongan anda sejak A&W ‘Pandu-Lalu’ dibuka di Seremban sejak tahun 1978!
Kami cuba tetapi kami telah terperangkap dengan masa. Dengan rasa kesal, A&W ‘Pandu-Lalu’ di Seremban akan ditutup selama-lamanya dari 1 Januari 2016 untuk memberi laluan kepada pembangunan baru.
A&W Malaysia Shd Bhd turut mengesahkan perkara ini ketika dihubungi oleh Astro Awani.