Kami yakin anda memiliki pelembab rambut yang anda percayai, tetapi keadaan rambut anda selepas menggunakannya tidak seberapa? Untuk mendapatkan rambut yang sihat dari dalam dan luar, anda memerlukan lebih daripada pelembab biasa.
Memperkenalkan Pelembab Pantene 3 Minute Miracle Baru!
Malah, pelembab yang betul mampu menjadi senjata rahsia untuk perlindungan daripada kerosakan. Bagaimana seandainya anda dapat membetulkan kerosakan 3 bulan dalam hanya 3 minit? Inilah yang anda perlu tahu mengenai pelembab yang mampu mengubah segala-galanya.
Rambut yang rosak kehilangan lapisan perlindungan dan berasa kasar. Untuk mendapatkan “rambut yang halus, licin dan tidak bersimpul”, satu formula baru diperkayakan dengan polimer cationic yang diperbaharui (BTMAC: Behenyl Trimethyl Ammonium Chloride). BTMAC adalah molekul dwi aksi yang meneutralkan kawasan rosak yang bercas negative; satu melekat pada hujung rambut, dan satu lagi membentuk lapisan perlindungan.
Pantene Pro-V Complex, ‘bahan pelembab basah’ seperti polimer cationic BTMAC melekat pada permukaan rambut ketika ia masih basah, membentuk lapisan nipis yang melincirkan permukaan. Ini mengurangkan pergeseran antara urat rambut, memudahkan bilasan dan mengurangkan simpulan, juga mengurangkan geseran antara rambut dengan berus/sikat.
Apabila dibandingkan dengan pelembab Pantene biasa, Pelembab 3 Minute Miracle bukan sahaja menghasilkan kesan yang hebat tetapi menghaluskan rambut dengan baik. Pantene telah melakukan pelbagai ujian dan hasilnya menunjukkan bahawa Pelembab 3 Minute Miracle yang digunakan bersama-sama syampu Pantene menjadikan rambut lebih bersinar berbanding menggunakan syampu sahaja (97% vs 70+%). Hasilnya rambutnya lebih bersinar dan mudah diurus!
Bagaimana Ia Berfungsi – Perlindungan Daripada Kerosakan dalam hanya 3 minit!
Penampilan rambut mempunyai peningkatan signifikan di luar (kekuatan dan sinar) apabila kerosakan dalaman dikawal. Dengan menggabungkan Pantene Pro-V Complex, polimer cationic BTMAC dan kandungan tinggi TAS, pengurusan rambut mudah atau ‘tiada keserabutan’ dicapai. Bahan utama berfungsi bersama untuk:
- Melindungi keseimbangan kelembapan rambut (rambut kering menghasilkan lebih banyak tenaga static)
- Meneutralkan cas negative pada permukaan rambut yang dihasilkan asid amino pada rambut dan akibat kerosakan rambut.
Lihat hasilnya selepas kali pertama menggunakannya. Rambut yang lebih sihat, kuat dan bersinar dalam hanya 3 minit!
Pelembab Pantene 3 Minute Miracle (180ml) baru boleh didapati di semua pasaraya dan farmasi terkemuka dengan harga runcit RM14.90.