Aplikasi pesanan pertama yang membolehkan sistem keselamatan yang lebih kukuh bagi melindungi kandungan chat termasuk pada desktop dengan ‘End-to-End Encryption’.
LINE, peneraju platform kehidupan terkemuka di dunia, melancarkan ciri keselamatan yang terbaharu ‘Letter Sealing’, satu peningkatan ciri keselamatan yang hebat bagi melindungi pesanan-pesanan pengguna daripada mana-mana akses yang tidak dibenarkan semasa proses penghantaran pesanan.
Ciri ini berfungsi ketika proses pertukaran pesanan berlaku bukan sahaja pada peranti telefon pintar, malah juga pada desktop PC untuk pengguna Windows dan Mac OS X. Dengan adanya ‘Letter Sealing’, LINE menjadi aplikasi pesanan pertama yang menawarkan ciri-ciri keselamatan lanjutan merentasi pelbagai jenis peranti dan platform.
‘Letter Sealing’ boleh didapati untuk pengguna iOS dan Android bagi perisian LINE 5.3.0. Sistem keselamatan komunikasi ini menyukarkan penggodam untuk memecahkan enkripsi dengan mencampuradukkan kandungan chat menggunakan kekunci yang disimpan dalam peranti pengguna berkenaan sahaja dan bukannya di server berpusat.
Dengan adanya sistem keselamatan lanjutan ini, ia amat mustahil bagi isi kandungan chat berkenaan untuk terbongkar ke dalam server atau kepada pihak ketiga.
‘Letter Sealing’ yang pada awalnya hanya diterapkan dalam chat individu orang perseorangan dan Perkongsian Lokasi, akan diperluaskan kepada fungsi-fungsi serta alat peranti lain dalam tempoh terdekat. Enkripsi penuh akan diterapkan apabila kedua-dua pihak dalam chat mengaktifkan ciri ‘Letter Sealing’ pada peranti masing-masing.
Untuk pengguna Android yang hanya akses satu peranti telefon pintar, ciri ini diterapkan secara asal. Ciri ini akan diterapkan secara automatik untuk pengguna Android yang menggunakan pelbagai peranti dan pengguna iOS pada masa terdekat. Buat masa ini, pengguna boleh mengaktifkannya secara manual di bahagian Seting.
Info lanjut, anda boleh semak Facebook http://www.facebook.com/line.malaysia, blog rasmi http://en.lineblog.naver.jp/ dan youtube www.youtube.com/lineappglobal.