Kempen “Pembaharuan Aksi” menyediakan AXN untuk lebih fokus terhadap material tayangan yang lebih padat, menarik, bijak dan tidak terjangka.
Sony Pictures Television (SPT) Networks, Asia kini melancarkan satu lagi tarikan visual baru untuk AXN dengan wajah baru yang lebih menarik dan mengesankan, selaras dengan fokus program terkini siaran ini.
Penjenamaan baru ini termasuk penghasilan logo, elemen grafik dan kempen pemasaran yang akan disediakan untuk kesemua program yang ditayangkan di AXN dan di platform dalam talian sempena tayangan perdana program The Voice musim ke-9 malam ini.
Logo baru AXN yang lebih dinamik memaparkan wajah baru yang lebih progresif, diperkukuhkan dengan bentuk piramid tiga dimensi berwarna merah yang mana ia adalah sebuah bentuk klasik yang sering dikaitkan dengan misteri dan gabungan tenaga.
“Warna merah melambangkan tenaga, aksi dan jiwa membara serta bahaya. Kami menyerap kuasa daripada warna tersebut di dalam kempen baru ini yang dipercayai mampu menarik penonton untuk merasai elemen penuh berani yang kami terapkan dalam tayangan-tayangan cerita di dalam siri AXN,” jelas Maurizio Vitale, Timbalan Presiden bahagian Rangkaian dan Pemasaran SPT, yang melihat perkembangan usaha ini sebagai sesuatu yang baru secara global.
Saksikan wajah baru AXN dan jadual tayangan program di www.AXN-Asia.com atau menerusi facebook kami di AXNAsia.