Bag tangan adalah pelengkap gaya bagi seorang wanita. Dengan adanya rekaan yang pelbagai di pasaran, kini para wanita di luar sana tidak perlu risau kerana mereka boleh membuat pertimbangan rekaan tas tangan yang bagaimana mereka mahukan.
Namun, kadang-kala, agak sukar bagi kita mendapatkan tas tangan yang lengkap dan sempurna dari segala segi. Sebagai contoh, nilai kualiti, kecantikan, kesempurnaan material yang digunakan, semuanya harus diambil kira, barulah berbaloi dengan wang yang dibelanjakan bagi memiliki satu-satu tas tangan itu.
Radley adalah merupakan jenama klasik bagi bag tangan dan aksesori yang berasal daripada Kota London. Rekaan yang ditampilkan oleh Radley selalunya menggamit pandangan sesiapa yang melihatnya.
Tambahan pula, ia memiliki nilai eksentrik tersendiri disamping warna-warna yang digunakan juga sudah cukup untuk membezakan jenamanya dengan jenama-jenama terkemuka yang lain.
Dengan itu, baru-baru ini bersempena dengan musim luruh yang sedang berlangsung, Radley memperkenalkan koleksi ‘Think Pink’ baharu mereka yang bersifat lebih feminin dan minimalis.
Warna samar yang menjadi tema kali ini seperti rona merah jambu lembut memeriahkan lagi seleksi tas tangan daripada Radley untuk musim ini! Terdapat pelbagai saiz dan bentuk yang pastinya akan buat anda naik gila!
Cantik kan? Jika anda teringin memilikinya, untuk maklumat lanjut berkenaan dengan Radley, sila layari laman sesawang rasmi mereka di www.radley.com.my