Jika anda pergi melancong, selagi boleh semua benda anda nak bawa sekali bersama. Takut-takut kalau anda memerlukan sesuatu barangan itu apabila tiba ke destinasi nanti bak kata pepatah, “sediakan payung sebelum hujan”. Oleh itu, bagasi bersesuaian yang mampu menampung kesemua keperluan dan barangan anda itu adalah sangat penting.
Baru-baru ini, syarikat pengeluar barangan keperluan dan aksesori melancong terkemuka bertaraf antarabangsa, TUMI, yang telah sekian lama menyulam kejayaan dalam membawakan rekaan bagasi yang terbaik untuk para pengguna kini memperkenalkan koleksi baharu mereka dimana mereka telah berkolaborasi bersama Mini Cooper untuk mewujudkan rangkaian premium berlesen eksklusif bagi beg perjalanan seperti bagasi dan aksesori lain untuk melengkapi rupa dan cita rasa jenama automotif ini.
Sebelum ini, TUMI pernah bekerjasama dengan beberapa jenama automotif lain termasuk Lexus dan Ducati. Demi mencari sesuatu kelainan kerana kereta genit Mini Cooper sememangnya menjadi pilihan oleh kebanyakan individu yang gemarkan gaya kehidupan masa kini yang lebih ringkas dan mudah, TUMI tampil bekerjasama menghasilkan sesuatu yang sangat berguna kepada mereka yang mahu tampil ringkas tatkala melancong atau mengembara.
Dalam pada waktu yang sama, TUMI telah melengkapkan gaya hiasan dalaman setiap kereta jenema Mini Cooper MINI Goes TUMI dengan set yang hampir sama seperti bagasi rekaanya demi memaparkan kerjasama yang mantap diantara kedua jenama tersohor itu.
Fabrik yang digunakan bagi membaluti kerusi tempat duduk serta aksesori lain seperti alas stering di dalam kereta MINI Goes TUMI adalah diperbuat daripada material yang sama dengan bagasi keluaran terkini oleh TUMI berlandaskan projek kerjasama bersama Mini Cooper ini.
Koleksi daripada MINI by TUMI membawakan tujuh bag perjalanan dan dua aksesori silhouttes yang menggunakan warna-warna terang. Kesemua rekaan tampil berani mengetengahkan gaya yang lebih ekslusif bersama tekstur simbol jenama TUMI.
Ia direka khas di Amerika Syarikat untuk warganegara global. MINI by TUMI menggunakan paksi kejuruteraan FXT® nilon balistik bagi melengkapi semua bagasi, bag dan aksesori yang dihasilkan dengan ciri yang
Kesemua rekaan juga memiliki gaya dua dalam satu, menarik untuk mereka yang gemarkan sesuatu yang lebih eksentrik kerana setiap rekaan adalah eksklusif seolah ianya ditempah khas dan terhad dengan setiap lapisan fabrik yang membaluti rekaan mempunyai tekstur timbul corak grill MINI.
Koleksi boleh didapati dalam warna hitam/jinga bercorak jalur lumba dan hitam/ Biru Gelap bercorak Bendera Union Jack.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TUMI, Gerome Griffith berkata, “Kesemua rekaan adalah berteraskan innovasi terkini, berfungsi dan berciri ikonik.” Mengulas lanjut, “Kereta dan Bag merupakan barang asas kegunaan manusia, dan disebabkan itu juga, manusia menggunakan bag dan kereta sebagai sebahagian cara mereka melunaska ekspresi personaliti dan keperibadian mereka.”
Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan Koleksi MINI by TUMI dan Koleksi Tumi Luruh/Sejuk 2015, sila layari laman sesawang rasmi TUMI di tumi.my.