Di Beijing, punca seorang wanita berusia 48 tahun pening kepala sejak kecil lagi terbongkar baru-baru ini apabila doktor mendapati sebatang jarum melekat pada otaknya.
Wanita berkenaan, Liu yang berasal dari wilayah Anhui berkata, dia sentiasa sakit kepala sejak kecil.
Keadaan itu menyebabkan dia sering berulang alik ke klinik dan hospital tetapi tidak pernah pulih walaupun memakan pelbagai ubat.
Kakitangan hospital menyedari sesuatu yang tidak kena apabila mereka meletakkan Liu ke dalam pengimbas MRI apabila penggera logam berbunyi sebaik kepalanya diimbas.
Ujian imbasan CT yang dilakukan ke atasnya baru-baru ini menunjukkan jarum sepanjang 4.6 sentimeter melekat di dalam otaknya.
Liu terkejut apabila diberitahu mengenainya dan tidak tahu bagaimana jarum itu berada di situ.
Doktor mengesyaki jarum itu mungkin termasuk ke kepalanya ketika dia masih bayi.
Anak perempun Liu yang berada di hospital memberitahu wartawan: “Doktor berkata, jarum itu mungkin termasuk ke dalam kepala ibu saya ketika dia berusia 18 bulan.
“Memandangkan otaknya belum membesar sepenuhnya ketika itu, jarum berkenaan tidak menjejaskan pembesaran ibu saya.”
Doktor mencadangkan Liu menjalani pembedahan membuang jarum itu kerana bimbang ia mungkin menyebabkan dia sakit teruk pada masa akan datang.
Sumber – Harian Metro & Daily Mail Online