Secara fitrahnya, memang wanita suka akan kecantikkan. Berfesyen itu tidak salah tetapi haruslah kena pada gayanya. Ramai wanita yang berbadan “plus size” selalu merungut tatkala membeli-belah mencari pakaian mereka tetapi hampa kerana tidak ada pakaian yang berpadanan dengan saiz tubuh badan mereka.
Hari demi hari dunia fesyen berkembang dan menjadi lebih praktikal apabila jenama fesyen antarabangsa FLOW mengetengahkan rekaan pakaian khas buat si dia yang berbadan “curvy” atau mungkin sepatutnya digelar seksi!
Untuk musim ini, FLOW memperkenalkan koleksi Holiday 2015 dimana semua rekaan yang ditonjolkan berinspirasikan taman syurga. Seleksi rona warna asas yang digunakan tampak elegen dan memukau, seterusnya menyerlahkan lagi gaya si pemakai.
Tak jemu mata memandang apabila ilustrasi corak rose parsi menghiasi kebanyakan rekaan utama koleksi Holiday 2015 ini demi menyuntik keindahan yang berterusan tatkala disarung kebadan si pemakai.
Selain itu, penggunaan fabrik yang lembut dan ekslusif seperti chiffon dan matte satin pada setiap rekaan turut membawa koleksi istimewa dari FLOW ini kesatu platfom yang lebih tinggi untuk fesyen “ready-to-wear”.
Jadi, tiada lagi alasan untuk mereka yang berbadan seksi seperti Kim atau Khloe Kadarshian untuk bergaya dan tampak cantik! Koleksi Holiday 2015 oleh FLOW akan mula berada dipasaran pada pertengahan bulan September di laman sesawang rasmi FLOW www.flowclothing.com dan di semua butik FLOW sekitar Malaysia.