58 tahun bagaikan usia setengah dekad bagi seorang manusia, itulah usia Malaysia sebuah negara makmur dan membangun yang dicintai seluruh warganya. Sebagai peneraju minuman dan makanan yang telah sama bertapak dan mewarnai arus perubahan Malaysia, Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad (Yeo’s), berasa bertanggungjawab dalam mengangkat bulan kemerdekaan ke aras yang membanggakan dan melahirkan putik patriotik di hati setiap rakyat Malaysia.
Memeriahkan lagi bulan kemerdekaan Yeo’s dengan anjuran bersama Harian Metro melancarkan Kempen Yeo’s “I Love Malaysia” yang akan berlangsung sepanjang 1 Ogos sehingga 31 Oktober 2015 dengan mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk memenangi percutian di Malaysia serta Konsert Patriot Yeo’s I Love Malaysia bersama bintang-bintang tanahair yang terkenal.
Sempena Kempen Yeo’s I Love Malaysia dan ketibaannya bulan Kemerdekaan, Yeo’s turut menghasilkan pek istimewa di mana setiap kotak minuman Yeo’s seperti Soya, Laici, Kundur, Krisantimum, Yeogurt dan tin-tin Kari Ayam Yeo’s dan Cintan bakal tertera perkataan “I Love Malaysia” dan mengikut negeri seperti “I Love Selangor”, “I Love Kedah”, “I Love Terengganu” dan seterusnya.
Melalui kempen Yeo’s I love Malaysia, semua peserta kontes diberi peluang untuk memenangi hadiah lumayan dengan menggunakan aplikasi WeChat di mana pendekatannya mudah, senang dan lagi cepat bagi memudahkan penyertaan dari seluruh pelusuk Malaysia. Antara ganjaran lumayan lagi menarik yang ingin dikongsi bersama termasuklah percutian domestik di kawasan peranginan mewah serta hadiah wang tunai. Hadiah utama adalah 10 percutian domestik beserta RM 5,000. Manakala, hadiah mingguan merupakan percutian domestik beserta wang tunai bernilai RM 3,000 serta 140 pemenang saguhati bakal menerima album “Patriot” Akim & The Majistret.
Selain daripada hadiah-hadiah yang ditawarkan, Konsert Patriot Yeo’s I Love Malaysia anjuran Yeo’s dan Harian Metro bakal diadakan di enam buah negeri di Malaysia. Konsert percuma ini membawa bakat-bakat tanahair terkenal daripada lapisan bangsa di Malaysia bakal menghiburkan seluruh rakyat Malaysia. Gandingan hebat tiga bakat tempatan adalah Akim & the Majistret yang cukup terkenal dengan lagu Mewangi dan Potret, PRECIOUS dianggotai 4 gadis menawan, Ke Qing, Hera, Estee, dan Yin Yin merupakan kumpulan M-Pop terkenal serta Alinda Alphonse penyanyi hebat kelahiran “Vaanavil Superstar, Clash of Titans”.
Tarikh dan tempat Konsert Patriot Yeo’s I Love Malaysia adalah seperti berikut:
Menarik lagi, pengumpul yang berjaya mengumpul 8 pek setiap negeri juga berpeluang menerima 2 pas istimewa “rockzone” ketika Konsert Patriot Yeo’s I Love Malaysia berlangsung.
Sertai Akaun Rasmi WeChat Yeo’s Malaysia & Menang Percutian Domestik hari ini! Bagi memeriahkan lagi sambutan kemerdekaan Malaysia tahun ini, para rakyat Malaysia dijemput menyertai akaun rasmi WeChat Yeo’s Malaysia dan menang percutian domestik dengan mengikut langkah-langkah mudah lagi cepat seperti berikut:
Langkah Pertama: Muat turun aplikasi WeChat dan langgan akaun rasmi Yeo’s Malaysia.
Langkah Kedua: Kemudian diikuti langkah mudah dengan hanya membeli rangkaian minuman produk Yeo’s; tidak kira kotak, botol dan tin Yeo’s atau mi segera Cintan.
Langkah Ketiga: Ambil gambar resit melalui pembelian rangkaian produk Yeo’s, masukkan jumlah belian dan jawab soalan mudah.
Langkah Empat: Simpan resit belian untuk bukti pembelian.
Untuk mengetahui cara penyertaan dan memenangi, layarilah laman sesawang Yeo’s di www.yeos.com.my atau berhubung melalui talian perkhidmatan pelanggan di 1300-80-2828.