Susu sememangnya terkenal sebagai minuman yang memiliki banyak manfaat. Daripada anda mencampurkan gula, krim ataupun coklat ke dalam susu, apakata anda cuba campurkan kunyit ke dalamnya. Kombinasi ini sejak dahulu lagi dipercayai memiliki banyak manfaat kesihatan, seperti berikut:
1. Mengubati batuk dan selesema
Kunyit kaya dengan zat antiseptik dan anti radang yang akan membantu anda memerangi infeksi yang terjadi akibat batuk dan selesema. Campuran susu dan kunyit dikatakan sangat efektif dalam menyembuhkan sakit kerongkong dan batuk kering.
2. Detoks tubuh
Susu dan kunyit akan menjadi detoks yang sangat baik bagi tubuh. Ia membantu menyingkirkan toksin akibat gaya hidup yang tidak sihat dari badan anda.
3. Meredakan rasa sakit
Campuran dua bahan ini akan membantu meredakan rasa sakit, bengkak dan juga luka pada tubuh. Minuman ini akan menguatkan tulang dan juga otot serta memperbaiki fleksibiliti tubuh.
4. Menghilangkan kesakitan ketika menstruasi
Bagi kaum wanita yang kerap mengalami rasa sakit pada perut ketika menstruasi, campuran dua bahan ini akan menjadi satu resepi yang boleh menghilangkan rasa sakit dan membuatkan tubuh anda tenang.
5. Melangsingkan tubuh
Kunyit juga memiliki manfaat dalam melangsingkan tubuh. Komposisi zat yang terkandung dalam kunyit boleh memecahkan lemak, sekaligus menjadikan tubuh anda lebih langsing dan sihat.
[Sumber]