Video viral ini mendapat perhatian netizens terutamanya pengguna laman sosial Facebook. Kenapa? Video ini menunjukkan beberapa artis wanita di Malaysia dipilih dalam cabaran meneka usia mereka. Antara artis popular yang dipilih adalah Nora Danish, Emma Maembong, Hanis Zalikha, Shila Amzah dan Amyra Rosli.
Apa yang menarik tentang video ini adalah kebanyakan orang Korea yang melihat kecantikan serta keanggunan selebriti tempatan ini gagal memberikan umur yang tepat malah jauh sekali daripada usia sebenar pelakon dan penyanyi berkenaan. Pelbagai reaksi dan komen diberikan dan ada juga yang begitu kagum dengan kecantikan selebriti tempatan ini.
[ SUMBER ]