Setiap koleksi H&M Sport mengetengahkan helaian yang berfunsi dalam warna-warna terang untuk gaya yang terbaik musim luruh ini. Fabrik teknikal baru membawa kedua-dua prestasi dan keselesaan, pemilihan warna juga cetakan membuatkan ianya tidak hanya sesuai ke gim malah di jalanan juga.
Untuk wanita, H&M Sport menawarkan loose dan body-fit tanks dalam warna terang merah jambu, hitam dan cetakan putih, tights pula memberikan jalur zig-zag yang berani, cetakan dan batik, menariknya semua datang dalam fabrik cepat kering.
Tumpuan bagi lelaki adalah t-shirt jenis cepat kering, tights didatangi dalam warna hitam, kelabu, biru dan cetakan inspirasi alam sekitar. Long-sleeved training tops memberikan pengeringan yang cepat dan mudah untuk penafasan, training shorts yang baharu dari kapas sangat selesa dipakai.
Koleksi penuh H&M Sport musim luruh ini boleh didapati bermula dari akhir Julai di kedai-kedai terpilih di seluruh dunia dan secara online di hm.com.