Bukan suatu rahsia bahawa diva dalaman diri anda inginkan rambut yang didandan sempurna setiap hari, namun penggayaan yang kerap boleh merosakkan rambut anda. Bagaimanakah jika terdapat alat perapi rambut yang menggabungkan dandanan dengan penjagaan rambut?
Philips telah membangunkan rangkaian penggayaan rambut Philips KeraShine yang menjawab persoalan tersebut. Diterapkan bersama keratin dan ion – manfaat yang diperlukan rambut – rangkaian tersebut merangkumi berus dandanan berhaba, pelurus dan pengering rambut.
Magik dalam Keratin
Ditemui dalam gading, telapuk dan bahagian plat balin paus, serta kuku manusia, keratin merupakan salah satu protein paling kukuh. Dibina daripada rantaian peptida berliku panjang, keratin wujud dalam helaian rambut – memberikan tekstur fleksibel, mudah lentur dan kilat yang sihat. Ia juga mampu bertahan daripada perubahan suhu yang besar, memberi perlindungan kepada rambut daripada kesejukan yang menusuk ke tulang atau panas yang terik. Secara ringkas, keratin merupakan komponen magis yang memastikan rambut anda terus kelihatan anggun dan seksi.
Caj positif yang wujud dalam rambut secara semulajadi menjadikan setiap helaian menolak antara satu sama lain, menghasilkan rambut yang berkerinting halus. Rangkaian penggayaan Philips KeraShine memaparkan perlindungan bersadur seramik bersama Keratin bagi penjagaan rambut yang lebih baik. Saduran tersebut menangani kerosakan haba dengan menyediakan keratin pada rambut, walaupun ketika penggayaan. Dalam cara tersebut, anda akan setiasa mengekalkan rasa keratin yang sihat dalam rambut – menyerlahkan penampilan semulajadi rambut ada. Digandingkan bersama teknologi penjagaan ionik, ia akan memberikan anda rambut yang licin dan berkilat.
Rangkaian Philips KeraShine
Menyediakan kedua-dua penjagaan dan penggayaan rambut, rangkaian Philips KeraShine menawarkan yang terbaik dalam kedua-dua dunia dan menghasilkan dandanan rambut umpama penggayaan profesional setiap hari.
Berus Penggayaan Ionik Philips KeraShine HP8632/00
Dandanan dengan penjagaan untuk menghasilkan alunan yang lembut dan licin – gelung 45mm dengan salutan keratin memberikan hasil yang berpanjangan. Bersama-sama penjagaan ikonik, anda akan memperoleh rambut yang bersinar dan bebas kerinting halus. Dua tetapan suhu penggayaan disediakan bagi memenuhi keperluan jenis rambut berbeza dan mengurangkan kerosakan rambut, pada masa yang sama menghasilkan kerinting dengan lembut. Sebagai tambahan, brisel boleh tarik mengelakkan trauma tarikan rambut bagi mewujudkan pengalaman mesra rambut dan mudah!
Pelurus Rambut Philips KeraShine HP8316/00
Luruskan rambut di antara plat-plat seramik yang dilengkapi teknologi ionik dan saduran keratin untuk rambut yang lembut dan cantik. Plat-plat besar tersebut hanya memerlukan 60 saat untuk mencapai suhu 210°C – suhu penggayaan oleh jurudandan profesional – meluruskan rambut tebal dan panjang tanpa kerosakan.
Pengering Rambut Philips KeraShine HP8216/00
Keringkan rambut anda dengan pantas dan tanpa kerosakan mahupun kerinting halus. Teknologi Pengagihan Haba Sekata Philips yang inovatif dengan rekaan unik outlet udara bersalut keratin memastikan haba diagihkan dengan sekata agar tiada tompok-tompok panas. Pengering rambut Philips KeraShine menangani segala risiko trauma haba dan melindungi lapisan keratin dalam rambut dengan dua tetapan suhu yang fleksibel – ciri-ciri Thermoprotect dan tetapan udara sejuk untuk pengeringan yang lembut. Turut diterapkan penjagaan ionik, pengering rambut ini menyingkirkan kerinting halus dengan efektif. Pengering rambut ini memastikan rambut sentiasa berkilat, sihat dan melantun.
Harga dan Tawaran
Rangkaian Philips KeraShin boleh didapati di Philips Brand Store di Galeri Beli-belah Publika, kedai-kedai barangan elektrik, gedung-gedung utama di seluruh negara serta di www.blipmy.com.
Berus Penggayaan Berhaba Philips HP8632/00 (RM199)
Pelurus Rambut Philips HP8316/00 (RM169)
Pengering Rambut Philips HP8216 (RM169)