Lamaran perkahwinan yang mengejutkan, lain daripada yang lain seperti sudah menjadi trend masa kini. Setiap lelaki ingin mencipta suatu pengalaman lamaran perkahwinan yang unik agar ia menjadi memori terindah bersama pasangan. Dengan itu, maka terhasil lah idea-idea kreatif dengan mewujudkan kejutan besar buat pasangan yang ingin dilamar itu.
Sebagai contoh, satu video lamaran perkahwinan ini berjaya mencuri hati penulis. Lelaki ini melamar teman wanitanya di sebuah pawagam yang dipenuhi dengan orang dan turut melibatkan orang-orang yang mereka sayang di situ. Hasilnya, cukup luar biasa dan sweet! Pasti semua orang akan tersentuh dengan usaha yang lelaki ini lakukan demi menyunting wanita tersayang untuk dijadikan sebagai isteri.
Nah, video ini anda wajib tonton sehingga habis!