Mission Foods melancarkan The Little Red Food Truck dengan kerjasama pemenang MasterChef Australia, Adam Liaw. Chef kelahiran Malaysia ini telah terlibat dalam mencipta menu untuk The Little Red Food Truck yang akan mula bergerak di tempat-tempat terpilih di Lembah Klang mulai 15 Jun.
The Little Red Food Truck mempunyai keenakan resipi dari Adam Liaw menggunakan produk Mission Foods seperti wraps dan naan. 5 resepi Adam yang diilhamkan dari Asia adalah Laksa Fried Chicken Wrap with Pineapple Salsa, Beef Bulgogi Kimchi Wrap, Coconut Prawn Wrap with Spicy Tamarind Mayonnaise, Lamb Shank Rendang with Sweet Radish Achar, dan Roast Carrot Hummus with Avocado Wrap.
Jadi, peminat Adam Liaw yang ingin rasai resepi, boleh kejar food truck Adam Liaw ini. Julat harga dari RM 6.99 kepada RM7.99 (tidak termasuk GST). Sebarang info set makanan dijual, boleh lihat di www.facebook.com/missionfoodsmalaysia.