Kebiasaannya kita melihat foto-foto mereka yang melakukan senaman Yoga adalah terdiri daripada wanita berbadan kurus dan ramping. Semua itu sudah terlalu biasa untuk dilihat.
Atas sebab itu, ramai yang merasakan foto Jessamyn Stanley begitu luar biasa dan menyegarkan. Stanley, 27 merupakan seorang wanita yang bertubuh besar yang mendokumenkan kemajuan Yoga beliau di akaun Instagram, dimana beliau mempunyai lebih daripada 40,000 pengikut.
Beliau pada asalnya mencuba Bikram Yoga pada akhir tahun 2011, dan memulakan amalan harian dua musim lalu (akaun beliau mendapat perhatian awal tahun ini). Sejak itu beliau melangkah mara ke posisi yang lebih mencabar dan hasilnya cukup membanggakan! Jom tengok!
Info lanjut: mynameisjessamyn