Dengan pengalaman berabad dalam pengadunan teh, tanpa keraguan, Lipton merupakan nombor 1 dalam penghasilan teh yang cukup halus.
Pada bila-bila masa setiap hari, rakyat Maslaysia suka menikmati secawan teh susu, yang biasanya dikenali sebagai Teh Tarik. Ada yang mengatakan bahawa secawan teh tarik adalah terbaik dinikmati bersama nasi lemak; manakala sesetengah mungkin mengatakan bahawa ia sesuai dihidangkan bersama kek ataupun kuih-muih. Tidak kira apa jenis makanan, teh susu merupakan minuman yang dinikmati oleh kebanyakan rakyat Malaysia.
Lipton 3-in-1 Milk Tea kini hadir dengan formula yang lebih baik. Minuman ini adalah lebih berkrim daripada sebelumnya. Bahan-bahan dalam serbuk teh segera ini diperoleh daripada ekstrak teh yang mempunyai rasa teh yang seimbang dan menghasilkan buih bagus dengan aroma teh menyenangkan. Ia juga disahkan Halal oleh MUI yang diiktiraf oleh JAKIM. Selain itu, kemanisannya adalah seimbang dengan teh dan susu sebenar.
Lipton 3-in-1 Teh Tarik dibuat khusus untuk disesuaikan dengan selera rakyat Malaysia yang unik dan berbeza daripada negara lain di dunia. Selain itu, ia boleh dihidangkan secara panas, sejuk ataupun berais.
Lipton 3-in-1 Classic Milk Tea mengandungi lebih banyak serbuk teh, seimbang dengan jumlah susu yang sama untuk tea lattè tersendiri.
Lipton juga memperkenal perisa tambahan yang memenuhi citarasa semua rakyat Malaysia. Perisa baharu Hazelnut dan Halia akan menambah kepelbagaian kepada rangkaian Lipton 3-in-1 Milk Tea.
Lipton 3-in-1 Hazelnut Milk Tea menggabungkan rasa wangi daripada hazelnut untuk memberikan pengalaman berkacang dan aromatik. Bagi Lipton 3-in-1 Ginger Milk Tea, ia menggunakan serbuk halia sebenar dalam formulanya untuk mencapai rasa dan aroma sebenar Teh Halia disamping memberi kebaikan dan manfaat halia.
Lipton® 3-in-1 Milk Tea boleh didapati dalam pek 12 sachet berharga RM13.90, dan boleh didapati di semua pasar raya besar, pasar raya dan kedai runcit di seluruh negara.
Untuk maklumat lanjut, layari laman Facebook Lipton di https://www.facebook.com/LiptonMalaysia.