“Saya benci bila mereka memasukkan seorang lelaki Cina (di dalam video terbabit), statistik jelas menunjukkan bahawa kes rogol melibatkan orang Cina adalah sangat kurang. Kita tahu bahawa kebanyakan perogol adalah ‘pariah’ dan mat rempit,” tulisnya.
Dalam masa yang sama, Alvin turut membangkitkan rasa kurang puas hati dengan video berkenaan yang dilihat lebih menonjolkan orang Cina berbanding India.
“Pariah akan tetap jadi pariah. Saya cuma harap video kempen ini dapat disampaikan dengan tepat. Kenapa kurang mendedahkan pariah dan lebih kepada kaum Cina dalam isu rogol?” tambahnya lagi.
Seperti yang dijangka, ramai pengguna laman sosial itu menzahirkan rasa kurang senang dengan kenyataan melampau Alvin. Kebanyakan dari mereka menyifatkan blogger seks itu sebagai ‘attention seeker’ dengan memuat naik status berbaur kontroversi itu.
Malah ada juga seorang pengguna Facebook mempertikaikan tindakan beliau bersama pasangan seksnya sebelum ini, Vivian Lee.
“Apa pula keadaannya bila kamu seorang Cina merogol Vivian dan lari ke luar negara? Kamu adalah contoh terbaik yang mewakili kaum Cina dalam statitsik rogol. Statistik (rogol) majoriti menunjukkan Melayu, kaum Cina tidak ramai kerana mereka rela memberikannya.
“Jangan beritahu saya seperti saya tidak tahu apa-apa. Saya membesar dengan kebanyakan rakan-rakan dari kaum Cina dan saya tahu yang seks sebelum perkahwinan adalah satu tradisi di kalangan masyarakat Cina. Kamu tak tahu fakta itukah?” kata Dravidian Keyboard Warrior’s.
Sumber: The Rakyat Post