Jenama headwear premium dari Sacramento, Amerika Syarikat, Official Crown of Laurel teruja untuk mengumumkan satu kerjasama dengan Aaron Kai, artis dan pelukis Hawaii.
Berasal dari Hilo, Hawaii, Aaron mengambil inspirasi daripada alam semulajadi zaman kanak-kanaknya, menghasilkan warna yang menonjol dan bertenaga. Di negara asalnya, Aaron telah mendapat pengiktirafan yang besar melalui projek-projek seperti kempen ‘Save Art’, mengecat dinding The Hundreds Homebase di L.A., dan mereka bentuk kulit album hip hop pertama HBK Gang’s affiliate Kool John.
Musim bunga ini, Aaron Kai dan jenama Official telah mula mengelilingi dunia, bermula di negara-negara di Pasifik Rim Jepun, Guam, Hong Kong, Malaysia, dan Singapura, mempamerkan karya seni beliau dan koleksi headwear hasil kolaborasi ini.
Di Kuala Lumpur, koleksi kapsul Aaron Kai x Official akan dilancarkan di VENUE, kedai pelbagai label di Bangsar, di mana beberapa lukisan Aaron Kai juga akan dipaparkan pada hari tersebut.
Koleksi edisi terhad ini mempunyai 10 reka bentuk asal oleh Aaron Kai yang merangkumi pelbagai jenis headwear, dari 5-panel snapbacks, 5-panels campers sehinggalah bucket hats dan beanies.
Koleksi kapsul Aaron Kai x Official edisi terhad ini hanya boleh didapati di VENUE, Jalan Telawi 4, Bangsar, Kuala Lumpur.
Instagram @klvenue | Facebook /klvenue
Instagram @officialmalaysia | Facebook /theofficialbrandMY