Yayasan Pink Ribbon Wellness (L) terus membantu bekas pesakit dan pesakit kanser payudara untuk menghadapi kehidupan dengan lebih yakin menerusi pilihan rawatan, penyelidikan dan gaya hidup.
Yayasan Pink Ribbon Wellness (L) dengan rasminya melancarkan Simposium Life Beyond Breast Cancer buat kali kedua di Connexion@Nexus hari ini. Simposium tersebut yang berlangsung pada 19 Mac sehingga 21 Mac 2015 – menarik perhatian kira-kira 307 bekas pesakit, penjaga, para doktor dan juga jururawat.
Simposium selama tiga hari dua malam itu merangkumi pelbagai topik seperti pengstrukturan semula payudara, genetik, pemakanan, menghadapi kanser payudara ketika usia muda, seks dan keintiman, pilihan rawatan dan panduan gaya hidup untuk menghadapi kanser payudara dan mengelakkan kanser berulang semula.
Lebih daripada 60 orang doktor dan pengamal perubatan membentangkan topik-topik berkenaan dan pembentangan dilakukan dalam tiga bahasa: Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Mandarin. Beberapa panel pakar juga turut mengadakan sesi bengkel untuk membincangkan beberapa isu seperti ‘Wajah Segak Rasa Ceria’ (Look Good, Feel Good); ‘Teknik Relaksasi Mental Mendalam untuk Melegakan Tekanan dan Kesihatan yang Lebih Baik’ (Mental Relaxation Techniques for Stress Relief); dan ‘Bagaimana Klinikal Hipnoterapi Boleh Membantu’ (How Clinical Hypnotherapy Can Help).
Simposium berkenaan turut menyediakan satu platform rangkaian untuk pesakit dan bekas pesakit kanser payudara serta doktor. Turut diadakan majlis makan malam bertema sepanjang penginapan mereka di Connexion@Nexus, yang membolehkan setiap orang untuk berhubung dan membentuk komuniti sokongan.
Untuk maklumat lanjut mengenai Simposium Life Beyond Breast Cancer atau inisiatif lain oleh Yayasan Pink Ribbon Wellness (L), layari www.facebook.com/PinkRibbonWellnessFoundation atau hubungi 03- 2242 3121.