Bagi sesiapapun, jerawat adalah masalah kulit yang dianggap sangat menjengkelkan. Jerawat tidak hanya membuat kulit wajah tidak mulus, namun, jerawat juga akan membuatkan seseorang hilang keyakinan diri. Meskipun banyak produk kecantikan yang menawarkan perawatan untuk menghilangkan jerawat secara cepat, nampaknya tidak semua produk kecantikan mampu untuk mengatasi masalah jerawat secara menyeluruh.
Selain menggunakan produk kecantikan sedia ada, anda juga boleh menyembuhkan jerawat dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi yang mudah didapati. Jom, baca caranya di bawah:
Bahan-Bahan yang Diperlukan
Kulit pisang, garam, cuka, sirup maple, blender, mangkuk dan air suam.
Cara Membuat Ubat Jerawat
Ambil kulit pisang, setengah sudu garam halus, satu sudu makan cuka, dan satu sudu teh sirup maple. Campur ke empat bahan tersebut, dan kisar hingga halus. Pastikan bahan-bahan dan alat untuk membuat ubat jerawat tersebut bersih. Jika sudah dikisar hingga halus, tapiskan bahan tersebut. Letakkan dan simpan seketika dalam bekas tertutup.
Cara Penggunaan
Sapukan secara lembut ubat jerawat yang dibuat tadi pada wajah atau kawasan terjejas. Biarkan selama 7-10 minit. Jika sudah mula mengering, bilas wajah dengan air. Untuk hasil yang maksima, anda boleh menggunakan air suam untuk membilas wajah.
Selamat mencuba!