Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah menerima penghantaran pesawat kargo terbaharu mereka iaitu Airbus A400M Atlas. Pesawat kargo dengan nombor siri MSN022 itu adalah satu daripada empat pesawat yang dipesan pada harga RM8 billion pada tahun 2005.
Airbus A400M Atlas dibeli bagi memenuhi keperluan logistik TUDM. Malaysia sudahpun mempunyai 15 pesawat kargo Hercules C130 dan penggunaan pesawat Airbus yang lebih canggih ini meningkatkan lagi keupayaan logistik TUDM.
Untuk pengetahuan semua, Airbus A400M Atlas hampir dua kali lebih besar berbanding Hercules dan diperkasakan dengan empat enjin dengan 11000 kuasa kuda setiap satu. Setiap enjin memutarkan kipas 8 bilah. Setiap A400M mampu membawa kargo sehingga 37,000 kilogram. Selain itu, ia juga boleh membawa seramai 116 anggota payung terjun.
Pesawat itu juga boleh melakukan pengisian minyak ketika di udara. Jarak penerbangan maksimum pula melebihi 8,000 kilometer.
Serius ‘cool’!
Sekiranya anda ke LIMA 2015 Langkawi yang bakal berlangsung tidak lama lagi iaitu pada 17 – 21 Mac 2015, anda boleh melihat pesawat pengangkut terkini milik negara.
Jom kita beramai-ramai ke sana!
Sumber: Blog Serius