KABUL, (MLP) – Seorang wanita muda telah menggemparkan negaranya apabila mencipta baju besi berbentuk payudara dan punggung. Wanita itu juga dilihat tanpa segan-silu memakai sut besi tersebut ke merata tempat.
Kubra Khademi, 27, merupakan seorang artis, bertindak sedemikian sebagai satu tanda protes susulan tingginya kes gangguan seksual terhadap golongan wanita di negara itu. Kubra sendiri pernah beberapa kali dicabul.
Sut besi itu dikenakan Kubra kerana beliau percaya ia dapat mengelakkan dirinya daripada menjadi mangsa gangguan seksual.
Namun begitu, tanggapan Kubra nampaknya silap apabila beliau dicaci dan dilempar batu kecil oleh beberapa kumpulan lelaki yang marah melihat fesyen terbaharu wanita itu yang dianggap sengaja menonjolkan susuk payudara dan punggung yang menggiurkan. – MYLAUNCHPAD news