Bersempena dengan Hari Wanita Sedunia yang berlangsung semalam, beberapa lelaki dilihat dengan rela hati menyertai acara lumba lari berhalangan dengan mengenakan kasut tumit tinggi di satu pusat membeli-belah di Fuzhou, China.
Jika dilihat dengan betul, ada diantara mereka yang kelihatan begitu bersungguh-sungguh ingin menamatkan larian tersebut. Mungkin bagi kaum lelaki, berjalan menggunakan kasut tumit tinggi adalah suatu hal yang susah, apatah lagi apabila digunakan untuk berlari dengan sedikit halangan.
Namun, yang pastinya, acara sedemikian mampu membuka mata kaum lelaki untuk lebih memahami kaum wanita, sekaligus menjadi suatu acara hiburan buat semua yang hadir pada hari itu.
Menarik!
Sumber: NetEase & shanghaiist.com