Raja Arab Saudi, Raja Abdullah Abdulaziz al Saud mangkat, lapor stesen rasmi Arab Saudi sebentar tadi. Baginda berusia 90 tahun.
Raja Abdullah dilapor dimasukkan ke hospital kerana menghidap jangkitan pada paru-paru. Baginda menaiki takhta pada tahun 2005.
Sementara itu, Putera Mahkota, Salman Abdulaziz Al Saud telah dinamakan sebagai Raja Arab Saudi berikutan kemangkatan Raja Abdullah Abdulaziz.
Raja Salman, 79, merupakan adik kepada Raja Abdullah.
Sumber: Berita Harian Online