Koleksi spring/summer adidas StellaSport yang baharu lebih fokus untuk pengguna yang lebih muda, menariknya koleksi kreatif kali ini direka di bawah arahan Stella McCartney. adidas StellaSport yang baru dilancarkan Januari ini menggabungkan sukan dan gaya dengan penjenamaan yang berani, pemilihan warna segar, cetakan dengan pendekatan baru untuk kumpulan umur.
Bukan itu sahaja, adidas StellaSport terdiri daripada pakaian, kasut dan aksesori yang membolehkan pengguna memakainya dari gimnasium ke fesyen seharian.
Stella McCartney, Pengarah Kreatif bagi adidas StellaSport menjelaskan:
“The adidas StellaSport girl is young, current and vibrant, looking to make a statement and stand out – we wanted to bring that to life within the collection and fuse performance with style to create – performance pop.”
Bila bercakap tentang rekaan, koleksi adidas StellaSport kali ini lebih menekankan pemilihan warna segar dan trend terkini seperti color blocking, modern signature prints, statement silhouettes. Fabrik digunakan juga jenis yang cepat kering, tahap keselesaan yang dijamin, serta daya tahan pemakaian.
Spring/Summer adidas StellaSport boleh didapati mulai 2 Februari di semua adidas Sports Performance Outlets di Pavilion, Sunway Pyramid dan Genting Highlands.