Ahad, 11 Januari – Persoalan mengenai gambar wanita di sebelah Datuk Ramli MS yang dimuat naik Alyah yang kami kongsikan pada artikel sebelum ini telah dirungkai oleh penyanyi berkenaan sendiri kepada BH Online.
Alyah mengucapkan tahniah kepada wanita berkenaan yang dikenali dengan nama, Siti Hafilah Che Kar kerana dijelaskan turut berkahwin secara senyap dengan suaminya.
“Tahniah juga atas cubaan menghancurkan rumah tangga saya. Saya hidu cerita ini lama tetapi baru saja dapat bukti bergambar.”
“Saya redha dengan apa saja yang akan terjadi. Lepas satu dugaan demi dugaan saya lalui. Saya kurang pasti bila mereka berkahwin.”
“Sebelum ini wanita itu pernah cakap mengenai hal kahwin dan sekarang sudah terbukti,” katanya.
Alyah juga sedar suaminya itu ramai peminat dan selama berkahwin gambar mereka berdua juga ditegah suaminya untuk diambil mahupun dimuat naik di laman Instagram.
“Umpama saya ini tak ada perasaan. Dia boleh ambil gambar dengan orang lain tapi dengan saya tidak.”
“Saya terima apa saja kesudahan selepas ini. Selama ini saya seperti orang bodoh. Hidup saya sudah hancur,” katanya. – Berita Harian Online
Isnin, 11 Januari – Hari ini, kami menerima pula satu berita terbaru mengenai kisah disebalik gambar Instagram itu apabila Alyah sendiri mengatakan bahawa apa yang dinyatakan di atas adalah tidak benar sama sekali.
Menerusi kemaskini terbaru di Instagram, Alyah memuat naik penjelasan yang mengatakan beliau terlalu mengikut emosi sehingga mengirimkan gambar wanita yang mengganggu rumah tangganya ke Instagram namun tidak pernah keluarkan kenyataan suami sudah berkahwin lain.
“Saya post tadi kerana saya sudah tak mampu mengawal emosi. Perempuan dalam gambar tu dari saya berkawan sampai sudah berkahwin sering menganggu hubungan saya. Yang saya ucapkan pada sesiapa yg menghubungi saya utk di temu bual adalah tahniah kepada perempuan tersebut kerana berjaya menghancurkan rumahtangga saya.”
“Saya tak pernah keluarkan kenyataan suami saya kawin dengan perempuan tu. Maafkan saya kerana hari ini. Saya tidak dapat menahan emosi dan saya telah lakukan kesilapan yang besar.Tapi janganlah memanipulasikan cerita saya sampai semuanya jadi tidak benar,” tulisnya. – ROTIKAYA
Oh, macam itu pula kisahnya. Apapun, kami harapkan perkahwinan Alyah dan Datuk Ramli MS baik-baik sahaja dan berkekalan.