Jenama kasut dari Brazil, Melissa yang moden über, funky dan bergaya adalah alasan yang cukup untuk anda berhenti singgah ke Pavilion KL apabila anda menuju ke pusat bandar Kuala Lumpur.
Terletak di tingkat 4, butik kasut ultra-moden ini mengetengahkan konsep dan ruang yang minimal namun kreatif — mampu menonjolkan koleksi kasut dalam pelbagai variasi warna menarik.
Kasut Melissa ini diperbuat daripada silikon lembut dan ianya berbau seperti gula-gula getah yang sangat wangi dan manis. Jadi, ia sekaligus membuatkan kaki si pemakai berbau harum walaupun memakai kasut selama berjam-jam lamanya. Ianya terdiri daripada pelbagai jenis kasut termasuklah sandal, pumps, boots, heels dan macam-macam lagi. Selain itu juga rekaan eksklusif kasut Melissa juga diperhalusi dengan kerjasama pereka fesyen terkenal dunia seperti Pedro Lourenço, Liberty Art Fabrics, Vivienne Westwood, Gareth Pugh, Campana Brothers, Jason Wu, Salinas, J.Maskrey dan juga Karl Lagerfeld yang buat pertama kalinya bekerjasama dengan industri fesyen Brazil.
Selain cawangan di Pavilion KL, butik kasut Melissa juga terletak di 1 Utama Shopping Centre dan The Gardens Mall.
Gambar di sekitar butik Melissa di Pavilion KL:
Alamat: Lot 4.02.01 4th Floor, Pavilion Kuala Lumpur, 168 Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur
Waktu buka: Isnin-Ahad, 10 AM – 10 PM