Waktu malam adalah masa yang terbaik untuk membaik pulih kulit anda, jadi amat penting untuk anda rebut tempoh yang paling berharga untuk pemulihan kulit semasa tidur pada waktu malam untuk memulihkan keserian kulit.
Disebabkan fakta tersebut, FOR BELOVED ONE telah menghabiskan masa bertahun-tahun dalam penyelidikan dan pembangunan, mengatasi batasan dalam pencerahan penjagaan kulit untuk menghasilkan jeli malam kosmeseutikal yang pertama – FOR BELOVED ONE Melasleep Whitening White Peony Night Jelly.
Melasleep Whitening White Peony Night Jelly mengandungi ekstrak teh Peony putih dari Sri Lanka yang berharga dan pati bunga Peony, ramuan yang mempunyai reputasi sebagai “Raja Bunga” dan merupakan pilihan utama dalam formula pencerahan kulit dalam kalangan orang-orang Cina, campuran kedua-dua bahan ini mewujudkan gabungan pencerahan yang terbaik ─ White Peony Essence.
Bunga Peony mempunyai aroma unik yang memberi kesan penenangan pada kulit, ia merangsang mekanisme pemulihan sel kulit pada waktu malam, mengaktifkan dan menguatkan struktur kolagen dan elastin.
Satu lagi bahan paten farmaseutikal yang eksklusif, “Lactobacillus ferment” menghalang aktiviti tyrosinase, sejenis enzim utama yang menyebabkan pembentukan melanin, adalah untuk membaik pulih kulit pada waktu malam; dan dengan paten pencerahan Dermawhite, jeli malam ini membantu memulihkan kulit yang tidak sempurna, tidak sekata dan menjadikan kulit lebih berseri secara semula jadi. Tekstur jeli ini secara berkesan boleh menampung bahan-bahan ini, dan membantu kulit menyerap semua bahan-bahan dengan sempurna semasa tidur untuk memberikan kesan kulit yang cerah dan sihat pada keesokan harinya.
Cara penggunaan
Selepas penggunaan kesemua produk-produk penjagaan kulit, dapatkan gel dengan jumlah yang kecil, sapukan pada muka dan tidur. Tidak perlu membasuh bersih jeli ini pada hari berikutnya. Gunakan 2-3 kali seminggu.
Tempat pengedaran
Dijual secara ekskusif di Sephora:
- Paradigm Mall
- Starhill Gallery
- Suria KLCC
- Gurney Paragon Mall, Penang
- Sunway Pyramid
- Nu Sentral
- Queensbay Mall, Penang
Harga
50ml / botol, RM175
Untuk maklumat terbaru mengenai jenama dan kecantikan, sila layari www.forbelovedonemember.com atau Facebook FBO Malaysia https://www.facebook.com/forbelovedonesgmy.