Masalah yang paling ditakuti oleh para gadis adalah mempunyai saiz pinggul yang besar dan lebar. Malah, ada sesetengah gadis menjadi tidak yakin dengan penampilan diri hanya di sebabkan masalah pinggul mereka.
Namun sebenarnya semua ini boleh diatasi jika anda ikuti tips penggayaan pakaian buat si pinggul besar yang Wanista kongsikan ini. Jom baca!
Padanan warna terang dan gelap
Padankan baju berwarna cerah dengan seluar atau skirt bewarna gelap. Teknik ini akan menyembunyikan segala kelemahan badan anda dan membuatkan ukuran pinggang ke bawah kelihatan lebih kecil dan tidak terlalu lebar.
Penggayaan jaket di bawah pinggul
Untuk menyembunyikan pinggul yang bersaiz besar, anda boleh memakai jaket atau kardigan yang labuh dan menutup bahagian pinggul anda. Ini secara tidak langsung mampu untuk mengalih perhatian orang ramai daripada pinggul anda.
Pemakaian aksesori
Alihkan perhatian ramai dengan gabungan aksesori yang sarat di bahagian dada ataupun tangan. Biarkan teknik ini mengelirukan orang ramai hingga menyebabkan mereka tidak sedar akan kelemahan yang ada di bahagian pinggul anda.
Penggayaan motif cetakan
Sembunyikan saiz pinggul anda dengan seluar atau skirt yang mempunyai motif cetakan. Sebaiknya, pilihlah corak motif yang kecil dan sarat. Sekurang-kurangnya, orang menyangka pinggul anda kelihatan besar disebabkan oleh corak, dan bukannya itu saiz sebenar pinggul anda.
Sumber: Remaja Karangkraf