Lagi beberapa hari nak masuk tahun 2015, dan kami yakin mesti ada di antara anda yang tertunggu-tunggu giveaway dari Wanista sempena menyambut tahun baru nanti. Okay, kami nak bagi sesuatu yang istimewa buat anda iaitu alat penjagaan rambut Philips ( Alat pengering rambut dan juga pelurus rambut ) berharga RM159.00 setiap set. Kami ingin memberikan hadiah istimewa ini kepada 3 orang pembaca Wanista.
Jadi pada pembaca yang inginkan rambut yang cantik sempena hari perayaan ini, anda boleh menyertai peraduan kami ini. Ia tidak terhad kepada pembaca wanita, bahkan juga pembaca lelaki juga boleh turut serta. Apa yang anda perlu lakukan adalah jawab beberapa soalan dibawah, follow laman Facebook dan Twitter kami.
Follow kami di Twitter : https://twitter.com/WanistaMy dan like laman Facebook kami ( https://www.facebook.com/WanistaMY )
SOALAN
Tiga soalan yang perlu anda jawab ( jawapan di sini : Miliki Alatan Penjagaan Rambut Philips Hair Straightener & Dryer Combo )
1. Sebutkan 2 ciri-ciri pengering rambut Philips?
2. Sebutkan ciri-ciri alat pelurus rambut Philips?
3. Kenapa anda ingin memenangi hadiah istimewa ini?
Jawapan boleh dihantar melalui emel submit@wanista.com ataupun PM kami di Facebook. Sertakan nama penuh, alamat, nombor telefon,email.
Peraduan dibuka hingga 31 Disember 2014. Pemenang akan diumumkan selewat-lewatnya pada 7 Januari 2015 di laman Facebook kami dan website Wanista.com. Hadiah hendaklah dituntut di pejabat kami waktu pejabat dari jam 8.30 pagi hingga 5 petang. Pemenang hanya boleh memenangi 1 set giveaway daripada kami. Sebarang hadiah yang tidak dituntut dalam masa 3 bulan akan dianggap tidak berminat untuk mengambil hadiah mereka dan akan diberikan kepada pemenang yang seterusnya.