Semalam, penulis telah terlihat satu post mengenai pengiraan nombor yang mempunyai kaitan dengan jodoh, yang telah disiarkan di televisyen. Menurut sumber, Ustaz Zamri Zainal Abidin, rancangan tersebut menunjukkan cara mencari keserasian jodoh dan rumahtangga melalui angka dan pengiraan nombor. Kaedah tersebut lebih dikenali sebagai ‘Metafizik Nombor‘.
Menurut ustaz, sudah beberapa kali kaedah nombor ini ditegur dan ia lenyap, namun kemudian timbul semula. Ramai di media sosial yang memberikan komen bahawa kaedah ini adalah mengarut dan boleh membawa kita kepada khurafat. Sejauh mana kebenaran mengenai kaedah ini, kami di Wanista sendiri tidak arif untuk memberikan pendapat dan hujah. Bagi kami, lebih elok jika kita bertanyakan kepada yang lebih arif mengenai soal agama Islam sebelum memberikan apa-apa pendapat atau hukuman. Jika ia salah, kita harus berikan kesedaran kepada semua yang mempercayainya.
Ini, betul ke?
Sumber: Facebook Ustaz Zamri Zainal Abidin