Yunalis Mat Zara’ai (atau Yuna), namanya tidak asing lagi di Asia atau Amerika. Awal bulan ini, The New York Times menggambarkan penyanyi kelahiran Malaysia ini sebagai “a poster girl for young hijabsters”, imej dan keperibadiannya memberi impak besar kepada para peminatnya. Walaupun banyak tajuk-tajuk utama bicara perihal fesyen Islam kontemporari dan sensasi muzik di Asia mahupun Amerika Syarikat, tetapi kehidupan peribadi Yuna masih menjadi misteri kepada orang ramai.
Kini, segalanya akan diselongkar dalam E! News Asia Special: Yuna yang akan menemui anda pada Selasa 25 November jam 10 malam secara eksklusif di E! (Astro Saluran 712). Menariknya lagi, segala kemasyuran, kejayaaan mahupun kritikan juga halangan dalam mengejar impian bergelar penyanyi antarabangsa akan dikongsikan kepada penonton.
Jadi, setia di depan kaca TV pada Selasa depan kerana habuan istimewa menanti anda. Apa dia? Habuan memenangi jemputan ke showcase istimewa Yuna di The Gardens Theatre @ The Gardens, KL pada 3 Disember 2014 pada jam 7:30 petang.
Bagaimana ingin memasuki pertandingan? Untuk maklumat lanjut mengenai pertandingan Watch & Win, layari Facebook www.facebook.com/eonlineas.
E! News Asia Special: Yuna pada Selasa depan bersamaan dengan 25 November 2014, jam 10 malam di E! (Astro Saluran 712).
Gambar Eksklusif Ketika Sidang Media E! News Asia Special: Yuna