Maharaja Lawak Mega (MLM) 2014 bakal menyaksikan persaingan yang amat sengit dalam kalangan pelawak-pelawak dan pelakon komedi profesional terbaik yang mana setiap peserta yang bertanding masing-masing mempunyai portfolio seni yang mengagumkan dalam bidang ini.
5 kumpulan daripada Kerusi Panas MLM 2014 telah dipilih untuk beraksi bersama 10 kumpulan pelawak yang lain di Pentas Maharaja Lawak Mega 2014. Dato’ AC Mizal masih dikekalkan sebagai hos untuk musim ini. Nantikan barisan juri-juri yang bakal bersama rancangan ini untuk 15 minggu, tentunya selebriti dari Malaysia, Singapura, dan Indonesia.
Berikut adalah barisan pelawak yang dipilih secara automatik untuk beraksi di gelanggang MLM 2014:
Program MLM 2014 musim terbaharu tidak disertai oleh peserta dari Indonesia seperti sebelum ini kerana tiada di antara mereka yang menepati kriteria pemilihan.
Manakala, 5 kumpulan/peserta kerusi panas yang telah layak ke gelanggang MLM 2014 adalah Ekzos, Samurai, Zero, Wala, dan Shake:
MLM 2014 bakal memulakan aksinya secara langsung pada malam ini, 14 November 2014, dan dapat disaksikan setiap Jumaat, jam 10 malam di Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).
Sumber berita:
Maharaja Lawak Mega | Astro Gempak
Senarai Terkini Peserta Maharaja Lawak Mega 2014 Astro
Berikut adalah video promo MLM 2014 berdurasi satu minit yang turut menampilkan beberapa peserta yang akan beraksi di gelanggang Maharaja Lawak Mega malam ini:
[youtube http://www.youtube.com/watch?v=GWV-wb0BUwc]