Mari bersenam dan mengeluarkan peluh di 5 gimnasium luar yang terbaik di KL, yang bertempat di taman rekreasi terkenal di sekitar KL.
1) Taman Tasik Titiwangsa
Taman Tasik Titiwangsa merupakan salah satu daripada taman rekreasi yang popular di kawasan Kuala Lumpur. Di sini terdapat pelbagai kemudahan seperti trek jogging dan senaman tangan dan kaki.
2) Taman Tasik Datuk Keramat
Taman ini boleh dikatakan yang paling bersih dan teratur di KL. Anda dapat lihat pelbagai kemudahan di sini seperti trek jogging, gelanggang futsal, taman permainan kanak-kanak dan juga tasik yang cantik.
3) Taman Tasik Permaisuri
Dikenali sebagai taman bunga bertingkat di era 80-an, taman ini telah berkembang menjadi 40 hektar taman rekreasi yang lengkap, yang kini termasuk tasik besar, air pancut dan tiga gimnasium luar.
4) Taman Lembah Kiara
Dengan tanaman hijau subur dan kawasan yang luas, Taman Lembah Kiara adalah tempat yang popular untuk mereka yang gemar berjoging, berkelah dan jurugambar perkahwinan. Gimnasium luaran terletak di pintu masuk taman rekreasi yang terpencil, dengan sebuah jambatan kecil menuju ke laluan jogging, kolam, meja berkelah, taman permainan dan platform simen untuk aerobik.
5) Taman Bukit Jalil
Laluan jogging yang panjang dan curam membuat taman rekreasi yang indah ini menjadi tempat yang popular di kawasan Bukit Jalil. Terdapat juga sebuah gimnasium luar, pelbagai stesen stamina-testing, laluan refleksologi dan taman permainan kanak-kanak.