Walaupun sudah banyak wanita berani untuk pergi mengembara seorang diri , nampaknya gadis ini ada cara yang berbeza dalam mengembara. Gadis dari Shanghai yang berusia 19 tahun ini telah menarik perhatian ramai di media sosial apabila memuat naik notis pencarian “teman lelaki” sementara untuk jadi penemannya ketika dia mengembara ke seluruh China.
Dalam pos yang dibuat di di laman popular negara itu Douban dan Tianya dengan caption “Travel with me: Post-’95, adorable girl recruiting temporary boyfriends from all parts of China to be my travel partners”, gadis ini bercadang untuk merekrut ‘teman lelaki sementara’ dari destinasi yang ingin ditujunya sebelum tiba ke tempat berkenaan.
Bukan sahaja untuk dijadikan teman (dan pemandu pelancong juga rasanya) , gadis tersebut juga mempunyai objektif menggunakan cara tersebut untuk bercuti secara percuma. Dia mendakwa yang dia tidak mempunyai pendapatan dan tidak mahu berada dalam kesusahan ketika tempoh pengembaraanya.
Jadi syarat yang ditetapkan gadis ini antaranya adalah lelaki tersebut haruslah boleh menjaga dan menyusun atur kemudahan dan keperluannya. Sebagai balasan, dia akan menemani lelaki tersebut sepanjang hari. Gadis ini juga menetapkan syarat fizikal dan umur dimana lelaki tersebut haruslah mempunyai ketinggian sekurangnya 175 cm dan berumur 30 tahun ke bawah selain kaya dan pemurah.
Kalau anda rasa syarat yang dikenakan agak “cerewet” dan sukar dipenuhi, untuk pengetahuan anda, gadis ini telah pun mengembara ke Suzhou, Wuxi dan Nanjing bersama “teman-teman lelaki sementaranya”.
Kagum?
[ Sumber : The Rakyat Post ]