Untuk pengetahuan anda, sebuah universiti di China iaitu Universiti Central South di Changsha China kini mengharamkan penggunaan telefon pintar ketika menghadiri kuliah. Setiap pelajar dikehendaki meletakkan telefon pintar mereka di hadapan kelas semasa kuliah dijalankan. Malah, pengharaman ini sebenarnya mendapat sambutan baik daripada pensyarah, ibu bapa dan pelajar itu sendiri.
Mungkin perkara yang sama ini boleh dilakukan di Malaysia. Ini tidak, sedang pensyarah mengajar di depan, ada yang sempat selfie di belakang dan pelbagai lagi yang dilakukan, sekaligus menyebabkan masalah lain iaitu tahap tumpuan yang kian berkurangan ketika sesi pembelajaran. Setiap penuntut rata-rata memiliki telefon pintar kerana ia memudahkan komunikasi dengan rakan sekuliah malah boleh mengurangkan keperluan menyalin nota di dalam kelas (ambil sahaja gambar pada papan putih).
Sumber : 1